Pages

Sunday, 6 January 2013

LAWAK 4 CALON TEMUDUGA...HAHAHA...




Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

 Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata “Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ” “Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.

 Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari” “Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ”

Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua. “KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua. “Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu. ”

Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga. “Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga. “Jawapan yang terhebat setakat ni.

Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi. ” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.

“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah” Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.


Sunday, 27 May 2012

LAWAK PAK PANDIR..!!






Alamak..!!  ape agaknya Pak Pandir slalu buat....??

 * dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.
 * dia fax surat dengan stem diatasnya.
 * cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.
 * cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.
 * study hard untuk ujian darah.
 * tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.
 * fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.
 * vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.
 * Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.
 * mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.
 * dia sedang baca blog ini.. hehe jgn marah..nnt kene jual da.. :)

Tuesday, 10 April 2012

TIDAK MENJAGA KECANTIKAN ADALAH PUNCA BESAR PENCERAIAN TAHUN 2011



Kecantikan merupakan punca utama berlakunya perceraian di kalangan pasangan yang muda & berumur.. apabila pasangan semakin meningkat usia, kebiasaannya isteri tidak mahu lagi menjaga kecantikan atau berdandan untuk suaminya sedangkan perkara itu amat dituntut di dalam Islam. ''Hak si suamipun semakin terabai apabila pasangan semakin berumur. Isteri lebih sibuk melayan cucu, anak dan menantu daripada melayan suami. Dan golongan wanita muda pula asyik sibuk dengan kerjaya tanpa memikirkan daya tarikannya terhadap suami semakin berkurangan..

 ''Mereka tidak mahu lagi menjaga kecantikan dan berdandan untuk suami. Tidak hairanlah kalau ada suami yang mencari isteri baru selepas mereka tua kerana mereka (suami) terasa tidak lagi dihargai dan dilayan sepenuhnya oleh isteri-isteri mereka apabila umur menjelang senja,'' katanya ketika dihubungi Utusan di sini, hari ini. Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shahrizat Abdul Jalil mendakwa perceraian di kalangan golongan yang berumur meningkat ke tahap membimbangkan sekarang berikutan lelaki dikatakan lebih gemar memilih gadis belasan tahun sebagai isteri baru mereka. Beliau berkata, fanomena itu perlu dibendung supaya ia tidak terus menjadi satu masalah yang lebih serius dalam masyarakat pada masa depan. ''Para isteri harus menjaga kecantikan mereka walaupun dari muda sampai ke tua. Lelaki ini lain kerana syahwat mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat dan ia berbeza dengan wanita kerana mereka (wanita) mempunyai menopaus (putus haid).

 ''Gunakanlah kemudahan yang ada untuk memikat suami-suami anda,'' Beringatlah anda sebelum terlambat..sebelum suami anda menjeling isteri jiran sebelah..ini realiti dan bukan niat saya untuk menakut-nakutkan kaum hawa...Di zaman moden ini pelbagai kaedah dan rawatan telah dicipta untuk mengekalkan kecantikan para wanita. ''Islam juga menggalakkan isteri-isteri berdandan dan menjaga kecantikan untuk suaminya. Insya-Allah isteri-isteri yang memenuhi kewajipan kepada suaminya akan diberikan ganjaran yang besar daripada Allah.



 TIPS MENAMBAT HATI SUAMI...KLIK DI BAWAH





Tuesday, 3 April 2012

TIPS MENGURUSKAN BADAN..






Apa pilihan anda. Kurus atau gemuk? Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.


1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.


Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk. Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.


Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang.


Apa-apa pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.


* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.


* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.


* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.


* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.


Diet Sihat


* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.


* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.


* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.


* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…


Sesekali Tidak Mengapa. Sekian, selamat mempraktikkannya…








MENGALAMI MASALAH KULIT MUKA..?? KLIK DIBAWAH INI...!!!!







Wednesday, 14 March 2012

TIPS PENJAGAAN RAMBUT (PEMAKANAN)







Penjagaan rambut adalah penting untuk setiap orang tidak kira samaada merekalelaki ataupun wanita. Mungkin anda telah dibiasakan dengan produk-produk penjagaan rambut yang sering dipaparkan di media massa. Tetapi tahukah anda bahawa makanan juga boleh dijadikan sebagai produk untuk penjagaan rambut? Sekiranya anda telah menggunakan produk yang berada dipasaran dan hasilnya masih lagi tidak memuaskan, anda boleh pula mencuba dengan cara ini. t5 akan menyenaraikan 5 makanan yang boleh dijadikan produk penjagaan rambut.
Telur- Ia merupakan bahan paling murah untuk mendapatkan protein bagi kesihatan rambut anda. Mula-mula asingkan antara putih dan kuning telur. Kemudian ambil kuning telur dan sapukan pada rambut anda. Biarkan selama 10 hingga ke 15 minit. Selepas itu, bilas rambut anda menggunakan air bersih. Cuba amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Hasilnya rambut anda akan lebih bersinar.
Madu- Campurkan 2 sudu besar madu dengan 2 / 3 cawan minyak zaitun, kemudian urut ke rambut dan bungkus dengan menggunakan penutup rambut (showercap) selama setengah jam. Selepas itu bilas dengan air bersih. Walaupun ia mungkin agak melekit pada rambut anda, tetapi ia merupakan salah satu cara untuk penjagaan kesihatan rambut.
Limau nipis- Ia adalah cara terbaik untuk masalah rambut kering, berbiji, bercabang atau rosak. Caranya adalah dengan lumurkan limau nipis pada rambut anda. Biarkan selama antara 20 hingga ke 30 minit. Kemudian bilas menggunakan air bersih.
Santan kelapa- Santan kelapa pula membantu untuk memastikan kelembapan rambut anda dan menyuburkan rambut. Caranya adalah dengan cuci rambut anda menggunakan santan kelapa. Biarkan ia selama antara 30 minit hingga ke  1 jam mengikut keselesaan. Kemudian bilas menggunakan air bersih.
Kacang hijau- Kacau hijau pula dapat membantu untuk melebatkan lagi pertumbuhan rambut anda. Caranya adalah dengan rendamkan kacang hijau semalaman. Kemudian picitkan kacang hijau yang sudah lembut tadi dan sapukan di atas kulit kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut anda menggunakan air bersih.

Thursday, 1 March 2012

lawak PENEMBAK..!!




Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena sasaran.
“Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???”, sergah Kapten pasukan.
“Sorry tuann!!! tersasar tuan!!!” balas penembak tu.
“Takpe… takpe… saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!!” 
Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf “Sorry tuann!!!! tersasar lagi tuan!!!”.
Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah “Kalau macam ni baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!!”
Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Seketika kemudian penembak tadi pun keluar lalu menuju ke arah tuannya.
“Sorry tuannn!!!!! tersasar lagi tuannnn!!!!!”

Friday, 24 February 2012

lawak perogol







Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M)
dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua
berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih
agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan…
M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tigapuluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir
dia bermaksud jahat.
L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.
M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.
L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.
M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni.
L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan mempercepatkan jalannya. 
M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit…
L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan
yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh
mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.
Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.
Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.
M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana
pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?
L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.
M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?
L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga.
M : Dan… dan..
L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap…
M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?
L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain
saya..
M : Oh… Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?
L : Sesuai dengan logik… Dia menurunkan seluarnya…
M : Oh tidak… Lalu apa yang terjadi kemudian?
L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya… So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.