Pages

Friday, 24 February 2012

lawak perogol







Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M)
dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua
berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih
agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan…
M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tigapuluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir
dia bermaksud jahat.
L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.
M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.
L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.
M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni.
L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan mempercepatkan jalannya. 
M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit…
L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan
yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh
mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.
Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.
Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.
M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana
pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?
L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.
M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?
L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga.
M : Dan… dan..
L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap…
M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?
L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain
saya..
M : Oh… Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?
L : Sesuai dengan logik… Dia menurunkan seluarnya…
M : Oh tidak… Lalu apa yang terjadi kemudian?
L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya… So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.

Wednesday, 22 February 2012

lawak MAYAT dan NENEK TUA







Mayat


Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…




Nenek Tua


Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

Tuesday, 21 February 2012

JOM MAIN TEKA-TEKI...


Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???

Teka.. teka.. kalo terer!

Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!!



Teka-teki: Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!

Jawablah kalau bijak sangat!

Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!



Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?

Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.



Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.

Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY



Teka-teki: Scorpion kaler apa?

Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!



Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???

Jawapan: Kerani



Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing
lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG
IMAM TU???

Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!



Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??

Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

Monday, 20 February 2012

lawak LAMPU SULUH dan orang gila


Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih.Dan Doktor buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang.Maka Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan terakhir.
“Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau Ahmad jawab dengan baik saya benarkan Ahmad pulang..Kalau tidak Ahmad akan tunggu sini sedikit masa lagi” Terang Doktor pada Ahmad.
“Baik Doktor,saya sedia menjawab” jawab Ahmad dengan tenang.
Doktor mengambil lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat di dinding bilik Doktor). 
“Awak nampak cahaya tu” tanya Doktor
“Nampak Doktor” jawab Ahmad tersenyum.
“Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad” arah Doktor pada Ahmad.
“Kat Dinding tu?” tanya Ahmad tersenyum.
“Ye laaa” jawab Doktor.
“Hi hi hi saya tak gila lah Doktor……tak nak lah saya buat..” jawab Ahmad
“Mmmmm..Oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini…awak lulus ujian saya..” Kata Doktor
berpuas hati.
Ahmad pun keluar dengan begnya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu pagar.
“Tunggu tunggu Ahmad” Doktor memanggil Ahmad semula.
“Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?” tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.
“Hi hi hi…Doktor ingat saya bodoh ker Doktor…..kalau saya panjat…..saya pegang cahaya tu….Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu saya akan terjatuh…” jawab Ahmad selamba
“Hmmm..Ahmad duduk sini setahun lagi lah yer Ahmad” kata Doktor pada Ahmad.
“Baik nya doktor…..” sukanya hati Ahmad.

Saturday, 18 February 2012

CERITA LAWAK TENTANG "JAM"




Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, ” Pakcik, pukul berapa sekarang?”
Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapa pun. Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut dalam hatinya. Dia mengulangi pertanyaan sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, “Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?”
Orang tua itu menoleh sambil berkata, “Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra.” Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu.Terus dia bertanya lagi, “Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?” 
Orang tua itu berkata lagi, “Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun bersama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu.”
Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. “Kemudian?” tanyanya lagi.”Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya,” katanya lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, “Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang,
“Masalahnya?,
SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!”

Friday, 17 February 2012

tips memilih tudung yang sesuai dengan bentuk wajah



Bingung memilih tudung untuk dikenakan sehari-hari? Mana ya yang sesuai dengan anda, dan yang selesa digunakan? kami punya troubleshooting khusus untuk anda yang ingin tampil cantik dengan tudung.

Trik khususnya hanya satu, sesuaikan dengan bentuk wajah anda.

Wajah Bulat

Memang sebal mempunyai wajah bulat, kerana jika salah pilih tudung jadinya wajah anda akan kelihatan kembung dan gemuk. Untuk anda yang mempunyai wajah bulat, Siasati tudung dengan undercaps yang mudah ditemui di pasaran. Ekor kuda rambut anda jika panjang, kemudian gunakan undercaps, jangan dicepol atau dikonde kerana akan memberikan kesan kepala anda bulat. Ikat tudung, kemudian di bahagian pipi boleh ditarik sampai separuh bahagian pipi tertutup. Pastikan juga anda kerasa selesa dan tidak sesak ya. Berikutnya anda boleh memasukkan sisa tudung atau menghiasnya dengan kerongsang.

Wajah Lonjong atau Panjang

Untuk anda yang berwajah bujur atau panjang, Turkish style adalah yang paling pas dikenakan, kerana akan memberikan kesan penuh dan lebih padat bagi wajah yang panjang. Anda boleh menggelung rambut anda agar bentuk kepala anda lebih bagus dan seimbang dengan wajah. [Break]

Wajah Persegi

Untuk anda yang berwajah persegi sebaiknya gunakan tudung rounded shape yang akan membingkai wajah menjadi lebih lembut dan menghilangkan garis-garis tajamnya. Elakkan menggunakan warna-warna keras dan menonjol. Gunakan warna soft atau layer sehingga wajah kelihatan lebih full.

Wajah Oval

Bagi anda yang berwajah oval, anda tidak menggunakan pelbagai macam style tudung. Tinggal anda padukan saja mana yang sesuai dengan warna kulit dan baju anda. Sekejap anda akan menjadi lebih anggun dan manis.

TIPS UMUM:

Sebaiknya pilih tudung yang berbahan katun asli sehingga selesa dan tidak panas apabila dikenakan. Terlebih tudung bahan katun akan membantu kulit kepala dan rambut agar tetap bernafas lega. (infospesial)

Hanya Dengan Kelulusan SPM,Beliau Kini Seorang Jutawan



SIAPA sangka, anak kampung tidak memiliki pendidikan tinggi ini akan bergelar jutawan dan memiliki rangkaian perniagaan yang bukan calang-calang.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgngchnegGO_geXoIWq2G3U5Uf1RaCjp4hwB9JA8PaMJ5TzP2Thm_gJEznckLedddHn0M54n1XX43ePlSVJk2gDLAqFUVzMfvgDFmcytewjaHuHGm9OAXwe84qxB-GvF4iBXqcvyA6BOoR/s1600/DSC_7399(r).jpg
Menariknya, ia bukan sekadar pusat jualan kereta, malah turut disediakan bengkel dan kemudahan alat tukar ganti di tempat sama.
Paling membanggakan, IBM Automobiles turut memiliki rangkaian di United Kingdom (UK). Bukan mudah bagi anak Melayu menembusi pasaran luar negara jika tidak memiliki kedudukan ekonomi kukuh.
“Di sana ada tiga kakitangan memantau segala urusan mengenai kereta yang bakal dibawa ke Malaysia. Saya bersyukur sebab selama ini tidak pernah bermimpi memiliki perniagaan seperti sekarang,” katanya.
Sewaktu ditanya mengenai kehidupan hariannya yang banyak dihabiskan di pejabat berbanding di rumah, Jamal menjelaskan ia rutin biasa.
“Memandangkan isteri turut menjalankan perniagaan, jadi tiada masalah sebab kami faham kesibukan masing-masing. Selalunya jika ada masa lapang kami mengambil cuti dan bersantai bersama anak.
“Setakat ini dia (isteri) tidak pernah merungut, malah kami sentiasa memberi kata-kata sokongan antara satu sama lain untuk bergelar usahawan berjaya,” katanya sambil tersenyum.

10 NEGARA YG PALING RAMAI JUTAWAN


1. New York, US
Jumlah Jutawan: 60 orang.
Jutawan terkaya: Michael Bloomberg ($18 billion).
Jutawan lainnya: Ralph Lauren,Carl Icahn,Rupert Murdoch,Donald Trump,Mortimer Zuckerman.
2. Moscow, Rusia
Jumlah Jutawan: 50 orang.
Jutawan terkaya: Vladimir Lisin ($15,8 billion).
Jutawan lainnya: Roman Abramovich,Alisher Usmanov,Oleg Deripaska.
3. London, Inggris
Jumlah Jutawan: 32 orang.
Jutawan terkaya: Lakshmi Mittal ($28,7 billion).
Jutawan lainnya: Richard Branson,Leonard Blavatnik,Alan Howard.
4. Istanbul, Turki
Jumlah Jutawan: 28 orang.
Jutawan terkaya: Husnu Ozyegin ($3 billion).
Jutawan lainnya: Mehmet Emin Karamehmet,Sarik Tara,Ferit Sahenk.
5. Los Angeles, California
Jumlah Jutawan: 27 orang.
Jutawan terkaya: Eli Broad ($5,7 billion).
Jutawan lainnya: Steven Spielberg,Sumner Redstone,Michael Milken,Ron Burkle.
6. Hong Kong
Jumlah Jutawan: 25 orang.
Jutawan terkaya: Li Ka-shing ($21 billion).
Jutawan lainnya: Lee Shau Kee,keluarga Kwok,Robert Kuok,Cheng Yu-tung.
7. Mumbai, India
Jumlah Jutawan: 20 orang.
Jutawan terkaya: Mukesh Ambani ($29 billion).
Jutawan lainnya: Anil Ambani,Shashi & Ravi Ruia,Kumar Birla,Pallonji Mistry.
8. Dallas, Texas
Jumlah Jutawan: 17 orang.
Jutawan terkaya: Andrew Beal ($4,5 billion)
Jutawan lainnya: Henry Ross Perot Sr.,Jerral Jones,T. Boone Pickens,Mark Cuban.
9. San Fransisco, California
Jumlah Jutawan: 14 orang.
Jutawan terkaya: Larry Page ($17,5 billion).
Jutawan lainnya: George Roberts,Ray Dolby,Gordon Getty.
10. Tokyo, Jepun
Jumlah Jutawan: 14 orang
Jutawan terkaya: Tadashi Yanai ($7,6 billion).
Jutawan lainnya: Nobutada Saji,Akira Mori,Masayoshi Son,Hiroshi Mikitani.