Telur- Ia merupakan bahan paling murah untuk mendapatkan protein bagi kesihatan rambut anda. Mula-mula asingkan antara putih dan kuning telur. Kemudian ambil kuning telur dan sapukan pada rambut anda. Biarkan selama 10 hingga ke 15 minit. Selepas itu, bilas rambut anda menggunakan air bersih. Cuba amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Hasilnya rambut anda akan lebih bersinar.
Madu- Campurkan 2 sudu besar madu dengan 2 / 3 cawan minyak zaitun, kemudian urut ke rambut dan bungkus dengan menggunakan penutup rambut (showercap) selama setengah jam. Selepas itu bilas dengan air bersih. Walaupun ia mungkin agak melekit pada rambut anda, tetapi ia merupakan salah satu cara untuk penjagaan kesihatan rambut.
Limau nipis- Ia adalah cara terbaik untuk masalah rambut kering, berbiji, bercabang atau rosak. Caranya adalah dengan lumurkan limau nipis pada rambut anda. Biarkan selama antara 20 hingga ke 30 minit. Kemudian bilas menggunakan air bersih.
Santan kelapa- Santan kelapa pula membantu untuk memastikan kelembapan rambut anda dan menyuburkan rambut. Caranya adalah dengan cuci rambut anda menggunakan santan kelapa. Biarkan ia selama antara 30 minit hingga ke 1 jam mengikut keselesaan. Kemudian bilas menggunakan air bersih.
Kacang hijau- Kacau hijau pula dapat membantu untuk melebatkan lagi pertumbuhan rambut anda. Caranya adalah dengan rendamkan kacang hijau semalaman. Kemudian picitkan kacang hijau yang sudah lembut tadi dan sapukan di atas kulit kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut anda menggunakan air bersih.