Kecantikan merupakan punca utama berlakunya perceraian di kalangan pasangan yang muda & berumur.. apabila pasangan semakin meningkat usia, kebiasaannya isteri tidak mahu lagi menjaga kecantikan atau berdandan untuk suaminya sedangkan perkara itu amat dituntut di dalam Islam. ''Hak si suamipun semakin terabai apabila pasangan semakin berumur. Isteri lebih sibuk melayan cucu, anak dan menantu daripada melayan suami. Dan golongan wanita muda pula asyik sibuk dengan kerjaya tanpa memikirkan daya tarikannya terhadap suami semakin berkurangan..
''Mereka tidak mahu lagi menjaga kecantikan dan berdandan untuk suami. Tidak hairanlah kalau ada suami yang mencari isteri baru selepas mereka tua kerana mereka (suami) terasa tidak lagi dihargai dan dilayan sepenuhnya oleh isteri-isteri mereka apabila umur menjelang senja,'' katanya ketika dihubungi Utusan di sini, hari ini. Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shahrizat Abdul Jalil mendakwa perceraian di kalangan golongan yang berumur meningkat ke tahap membimbangkan sekarang berikutan lelaki dikatakan lebih gemar memilih gadis belasan tahun sebagai isteri baru mereka. Beliau berkata, fanomena itu perlu dibendung supaya ia tidak terus menjadi satu masalah yang lebih serius dalam masyarakat pada masa depan. ''Para isteri harus menjaga kecantikan mereka walaupun dari muda sampai ke tua. Lelaki ini lain kerana syahwat mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat dan ia berbeza dengan wanita kerana mereka (wanita) mempunyai menopaus (putus haid).
''Gunakanlah kemudahan yang ada untuk memikat suami-suami anda,'' Beringatlah anda sebelum terlambat..sebelum suami anda menjeling isteri jiran sebelah..ini realiti dan bukan niat saya untuk menakut-nakutkan kaum hawa...Di zaman moden ini pelbagai kaedah dan rawatan telah dicipta untuk mengekalkan kecantikan para wanita. ''Islam juga menggalakkan isteri-isteri berdandan dan menjaga kecantikan untuk suaminya. Insya-Allah isteri-isteri yang memenuhi kewajipan kepada suaminya akan diberikan ganjaran yang besar daripada Allah.
TIPS MENAMBAT HATI SUAMI...KLIK DI BAWAH